Friday, December 31, 2010

Home » » Biodata 12 peserta Raja Lawak Musim Kelima

Biodata 12 peserta Raja Lawak Musim Kelima



Raja Lawak musim kelima kini kembali dengan 12 finalis berbakat dan bakal bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 7 Januari 2010 di Astro Prima (saluran 105).


Finalis melibatkan lapan peserta berkumpulan iaitu, Pukaw, R2, Bobo, Kopio, Balas, Kami, Lucky, Tbo serta empat peserta solo, Nazmi, Man, Epy dan Leman.


Lebih menarik, Raja Lawak musim ini kembali membawakan finalis wanita, Zarina dan Ally Sarimah dari kumpulan Kami setelah Jihan dan Yan pada musim ketiga lalu. Dengan memiliki bakat komedi semula jadi dan rupa paras menawan, kemunculan dua ‘bunga’ ini pastinya dinanti-nantikan.

Seperti musim lalu, semua peserta akan ditempatkan di sebuah lokasi dan bakal menerima latihan serta bimbingan profesional barisan pengkritik tetap setiap minggu.

Tiga pengkritik tetap akan dipertanggungjawabkan menilai persembahan peserta berdasarkan kriteria ditetapkan. Namun buat masa ini, Astro belum bersedia mengumumkan siapakah tiga pengkritik itu dan semuanya akan terjawab pada minggu persembahan pertama Raja Lawak 5.

Nasib peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS).

Sebagai pembuka tirai, penonton bakal menyaksikan sedutan sesi uji bakat melalui program Al Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 30 & 31 Disember 2010 (Khamis dan Jumaat), jam 9 malam.

Setiap gelagat, aktiviti mahupun rutin harian peserta akan dipaparkan selama lima minit setiap siaran menerusi program Kapsul Raja Lawak Astro pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 9 malam bermula 3 Januari.

Persembahan peserta pada setiap minggu boleh ditonton menerusi Gelanggang Raja Lawak Astro yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 7 Januari 2010 dari studio Finas, Hulu Kelang.

Raja Lawak Musim Kelima sekali lagi menyaksikan gandingan Johan dan Zizan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara.

BALAS

Nama Sebenar: Fandi Bin Muhammad , Mohammad Shukri Bin Mohamed Sahar.
Nama Tipu: Fendi, Shuk.
Umur: 25, 24.
Asal: Pulau Pinang , Pulau Pinang.
Status: Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Berniaga, Belajar.
Pengalaman: Lemas dalam kolam cetek. Selamatkan Shuk yang lemas tadi.
Kebolehan selain melawak: Menjinakkan kucing liar. Menukar siaran TV dengan pantas.
Pelawak kegemaran: Stephen Chow kerana idea lawak yang lain daripada yang lain.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Suka dengan sesuatu yang boleh buat ketawa.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Ultraman, sebab nak lawan tadi.

BoBo

Nama Sebenar: Mohd Hamizi Bin Hashim , Mohd Azwan Bin Sabri.
Nama Tipu: Gbob , Wan Awe.
Umur: 24 , 24.
Asal: Melaka , Kuala Lumpur.
Status: Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Berniaga, Despatch.
Pengalaman: Pernah menghadiri uji bakat Raja Lawak 3 dan 4.
Kebolehan selain melawak: Menyanyi, memasak, menari dan menyebok.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki, AR Tompel dan P.Ramlee
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Untuk mengasah bakat.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Keluang Man dan Tiong Man kerana boleh berbahasa melayu.

Epy


Nama Sebenar: Muhammad Hanafi Bin Rusmadi.
Nama Tipu: Epy.
Umur: 18.
Asal: Kedah.
Status: Bujang.
Pekerjaan: Baru habis sekolah.
Pengalaman: Hurmmm, tiada kot.
Kebolehan selain melawak: Berlakon, melukis dan menyanyi.
Pelawak kegemaran: Stephen Chow kerana lawaknya spontan, lucu, tidak mementingkan logical. Sentiasa melakukan kejutan dan idea yang bernas.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mengembangkan bakat yang sedia ada.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Keluang Man.

KAMI 

Nama Sebenar: Zarina Binti Mohd Nor , Elly Sarimah.
Nama Tipu: Zarina , Elly.
Umur: 34 , 29.
Asal: Perlis , Perak.
Status: Bujang: Bujang.
Pekerjaan: Freelancer Entertainer,Freelancer Entertainer.
Pengalaman: Berlakon iklan, Berlakon.
Kebolehan selain melawak: Menyanyi, Berlakon dan Menari.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki & Zizan Raja Lawak. Lawak yang selamba dan dapat diterima oleh pelbagai kaum.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mengubah persepsi bahawa wanita juga dapat diterima dalam segmen komedi.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Stephen Chow – kerana kelakar luar biasa.

Kopio


Nama Sebenar: Syariwan Bin Joir , Fakhruddin Bin Mohd Azmi.
Nama Tipu: Black , One.
Umur: 28 , 19.
Asal: Kuala Rompin, Pahang , Kuala Rompin, Pahang.
Status: Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Free Lance, Recreation & Entertainment.
Pengalaman: Pernah mengendalikan acara untuk Harley Davidson.
Kebolehan selain melawak: Menyanyi, bermain alat muzik, berlakoin lagak ngeri dan bersukan.
Pelawak kegemaran: Jackie Chan, Jake Black, Will Smith, Harith Iskandar, S. Shamsudin.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Kami nak buat pelawak Malaysia boleh kalahkan pelawak negara lain.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Kami ingin menjadi lelaki yang penuh dengan perasaan cinta. Ramai orang boleh menerima lelaki penyayang.

Leman


Nama Sebenar: Sulaiman Bin Ibrahim.
Nama Tipu: Spax.
Umur: 29.
Asal: Kedah.
Status: Bujang.
Pekerjaan: Berniaga.
Pengalaman: Macam-macam.
Kebolehan selain melawak: Melukis (Abstrak, Mural, Figura).
Pelawak kegemaran: Lan Pet Pet. Karekter luar dan dalam TV adalah sama.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mencapai apa yang diinginkan.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Hero Filem Tamil. Sekali tumbuk je dah 3 orang meninggal.

TBO


Nama Sebenar: Ahmad Firdaus Bin Misnan , Mohd Sufian Bin Masri, Mohamad Isa Bin Razai.
Nama Tipu: Aur, Pyan, Isa.
Umur: 24 , 25, 25.
Asal: Meru, Klang , Tanjung Karang, Meru, Klang.
Status: Bujang, Berkahwin, Bujang.
Pekerjaan: Berniaga Sendiri, Bomba Lapangan Terbang, Nestle.
Pengalaman: Mengadakan persembahan pentas di sekolah.
Kebolehan selain melawak: Berlakon dan menyanyi.
Pelawak kegemaran: Imuda, Afdlin Shauki. Mereka ibarat "guru" dalam bidang lawak.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Menjadi sebahagian dari generasi yang membawa industri seni Malaysia ke tahap antarabangsa.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Kami jadi Ultraman Taro, Ace dan Seven.


R2


Nama Sebenar: Rahim Bin Mat Ali , Ridhzuan Bin Mat Ali.
Nama Tipu: Aim , Lopez.
Umur: 40 , 21.
Asal: Klang , Klang.
Status: Berkahwin, Pembantu Operasi.
Pekerjaan: Penyelia, Belajar.
Pengalaman: Soalan terlalu general, malu nak cerita. Pengalaman cinta? Hehehe.
Kebolehan selain melawak: Menyanyi. Setakat ada bunyi jelah, kalau bagus dah lama masuk AF.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki dan Harith Iskandar. Stand Up komedi yang bersahaja
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin mengembangkan bakat dan ingin melihat sejauh mana bakat ini boleh pergi dan Raja Lawak adalah platform yang baik.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Tak kira hero yang mana. Asalkan boleh terbang. Rimas sangat dengan keadaan jem yang teruk sekarang ini.


PUKAW


Nama Sebenar: Indra Putra Setia Negara Bin Thamrin , Abd Hadzir Bin Abdullah, Nizam bin Solah.
Nama Tipu: Indra Putra Setia Negara Bin Thamrin, Ai, Kecik.
Umur: 22 , 23, 34.
Asal: Johor Bahru , Johor Bahru, Kota Tinggi, Johor.
Status: Bujang, Bujang, Berkahwin.
Pekerjaan: Tidak bekerja, Tidak bekerja, Proton Part Center, Johor Bahru.
Pengalaman: Jadi nelayan, Juara futsal Liga Industri, Mewakili kelab terkemuka di Johor, Johan pertandingan karom.
Kebolehan selain melawak: Berlakon teater, Menyanyi, Bermain muzik, Bersukan.
Pelawak kegemaran: Afdlin Shauki kerana beliau pandai masak nasi kandar. I like Papadom. P.Ramlee kerana beliau bukan saja pandai menghiburkan menonton malah sampai sekarang kesan lawaknya.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Ingin menjadi seorang pelawak. Kalau nak jadi raja, saya tak tau. Kenalah jadi Raja Lawak.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Spiderman kerana heroin dia cantik, tidak perlu lagi membeli kereta.

Nazmi


Nama Sebenar: Mohd Nazmi Bin Md Isa.
Nama Tipu: Nazmi.
Umur: 23.
Asal: Sungai Besar, Selangor.
Status: Bujang.
Pekerjaan: Berniaga.
Pengalaman: Entahlah. Tak perasan pula apa ada pada diriku ini.
Kebolehan selain melawak: Berlakon dan bertido.
Pelawak kegemaran: Saya suka banyak pelawak tetap yang terpaling suka Ibrahim Din.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Sebab nak melawak.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Nak jadi Fantastic 4 sebab ada geng yang hebat.

Man


Nama Sebenar: Abd Rahman Bin Kasim.
Nama Tipu: Man.
Umur: 33.
Asal: Kuala Lumpur.
Status: Berkahwin.
Pekerjaan: Kerani.
Pengalaman: 5 tahun berturut-turut pergi uji bakat Raja Lawak.
Kebolehan selain melawak: Menari, menyanyi dan berlakon.
Pelawak kegemaran: P.Ramlee kerana dia serba boleh.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Selain untuk mengubah nasib, saya ingin mengenali perwatakan diri sebenar. Keluarkan kebolehan yang ada.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Spiderman. Boleh tengok suasana indah dari tempat yang tinggi.

Lucky


Nama Sebenar: Mohd Zhafir Hilman Bin Hassin, Mohd Hazwan Bin Mohd Azani, Khairul Nazmi Bin Rodzy.
Nama Tipu: Zhafir, HazOne, Bo.
Umur: 23, 23, 23.
Asal: Pahang , Kuala Lumpur, Kedah.
Status: Bujang, Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Siswazah, Siswazah, Siswazah.
Pengalaman: KIV untuk Raja Lawak 3, Memasuki rancangan Bolos
Kebolehan selain melawak: Menyanyi, Bermain alat muzik, Bersukan.
Pelawak kegemaran: Din Beramboi dan Afdlin Shauki. Kerana mereka lawak.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Minat.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?: Rajnikhand (hero tamil), kerana beliau mempunyai misai tebal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update