PENDUDUK kampung membaca surah Yassin di Sungai Samarahan, Kampung Reban, semalam. |
SAMARAHAN: Seorang imam sempat menghadiri majlis tahlil jirannya sebelum dibaham buaya besar ketika menangkap udang di Sungai Samarahan berhampiran Kampung Reban, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi, Sidi Samad, 66, dikatakan sedang menangkap udang di sungai berdekatan rumahnya sebelum buaya dianggar sepanjang hampir enam meter membaham bahagian pinggang mangsa.
Beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian melihat mangsa bergelut sebelum dilambung dan dihempas sebanyak tiga kali oleh reptilia ganas itu yang kemudian menghilangkan diri di tengah sungai.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian jam 11 pagi sebelum operasi mencari dilancarkan bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan bomba.
“Mangsa kali terakhir dilihat berdekatan tebing sungai menangkap udang sebelum dilaporkan diserang buaya yang muncul secara tiba-tiba. Air sungai keruh selain arus deras menyukarkan operasi mencari. Saya meminta penduduk tidak bertindak terburu-buru termasuk cuba menembak buaya berkenaan kerana ia boleh membahayakan,” katanya.
Seorang penduduk (kanan) melaungkan azan di kawasan imam Sidi Samad dibaham buaya semasa usaha mencari mayat mangsa di Sungai Batang Samarahan, di Kampung Reban, Serian, Sarawak, semalam |
Isteri Sidi, Dayang Sara Awang Sahrol, 64, berkata suaminya tidak sempat bersarapan dan hanya minum kopi sebelum turun ke sungai di hadapan rumah mereka jam 6.45 pagi.
“Selepas berkahwin hampir 45 tahun, malam semalam (kelmarin), dia beria-ia mengajak saya ke surau menghadiri majlis tahlil jiran yang baru meninggal dunia. Suami juga ada menyuarakan hasrat membawa saya menunaikan umrah, April depan dan kami sedang berusaha mengumpul wang,” katanya sedih.
Anak mangsa, Musa, 38, yang melihat ayahnya disambar buaya, berkata kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan penduduk yang berada di tebing tidak dapat berbuat apa-apa.
“Saya melihat kaki ayah dalam mulut buaya sebelum dia dilambung di tengah sungai sebelum berlari ke rumah bagi memaklumkan ibu dan meminta pertolongan,” katanya.
bharian.com
3 comments:
suku sakat bujang senang kut..
ishhh. meremang bulu roma aku.......
kesiannya, igt dalam cter omptuih jek adoo.
takot betol aku dgn buaya nih, kulit dah scary..
hopefully kolga mangsa tabah...
kesiannya,,semoga rohnya dicucuri rahmat..
Latest Entri :
1) Giveaway domain dari yanmieonline.com dan Ihosterz.com
2) Ayam Pencen Askar Dan Polis
Post a Comment