Sunday, December 19, 2010
Home »
Video Collection
»
Gay in Malaysia?
It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"
Lelaki terbabit yang memperkenalkan dirinya sebagai Azwan Ismail dan bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis dalam pengakuannya melalui laman web `Youtube' mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain.
Dalam video klip pengakuannya sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan.
Pengakuan lelaki itu turut boleh dilawati melalui pautan laman sesawang ‘ohbulan' yang turut menyebut jurutera itu terpilih sebagai seorang daripada peserta kem-pen Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan pergerakan It's Get Better Project.
Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan itu yang melanggar norma manusia dan ajaran Islam.
kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh

2010-12-19T10:23:00+08:00
alissa
Video Collection|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)