Sunday, December 5, 2010

Home » » Kontroversi Lisa Surihani Dan Gila Babi

Kontroversi Lisa Surihani Dan Gila Babi


EH, ramai betul yang terkejut bila dengar pelakon cantik Lisa Surihani tersasul menyebut perkataan “gila babi” ketika mengacarakan program Mari Menari pada minggu lalu.

Kata Lisa, “gila babi” yang dimaksudkan itu hanya untuk menggambarkan betapa hebatnya salah satu persembahan peserta Mari Menari pada malam tersebut.

Bagi Joyah tak ada apa yang nak dibisingkan kalau setakat menyebut “gila babi” sebab rasanya masih banyak lagi perkataan lain yang teruk yang sering kali diungkapkan oleh kebanyakan anak seni kita tapi orang lain tak dengar.

Bukan apa, banyak sangat media baru yang dok sensasikan cerita tersebut sampai menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Joyah anggap bila Lisa dah sedar kesilapan tu dah okeylah.

Kalau tak ada insiden macam ni, mungkin Lisa terlepas pandang. Bila dah berlaku macam ni baru jadi pengajaran dan akan diingati sampai bila-bila.

utusan


P\S : Manusia bukannya sempurna, Kadang kadang kita pun buat silap jugak . Takkan tersasul pun kita nak ambil port.

1 comments:

Que said...

xcited sgt la 2..tp bes denga die sebut huruf 'R'

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update