Saturday, December 18, 2010
Home »
Gosip Artis
»
Linda Onn, Sheila Rusly, Low Ngai Yuen, Jojo Goh Duta Terbaru Shiseido
KUALA LUMPUR, 17 DISEMBER 2010: Selepas Syafinaz Selamat yang telah diangkat sebagai duta bagi produk kecantikan Shiseido, memasuki tahun 2011 empat orang selebriti tempatan telah dilantik sebagai wajah terbaru jenama terkenal dari Jepun berkenaan.
Linda Onn, Sheila Rusly, Low Ngai Yuen dan Jojo Goh adalah duta terbaru bagi melengkapi kempen kecantikan Shiseido sepanjang tahun depan.
Keempat-empat mereka telah ditemui portal murai.com.my ketika majlis meraikan pihak media sempena sambutan Hari Natal, di Bangsar Shopping Centre (BSC) di sini baru-baru ini.
Timbalan Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Pengiklanan Shiseido Malaysia Malaysia Sdn Bhd, Chery Wong berkata, pemilihan keempat-empat selebriti itu bertepatan sekali bagi meluaskan pasaran untuk pengguna dari kelompok berbangsa Melayu dan Cina.
Katanya, pengaruh yang kuat beserta populariti keempat-empat selebriti berkenaan din dalam dunia hiburan telah menjadi pemangkin buat pihaknya untuk mengetengahkan mereka sebagai wajah terkini produk kecantikan pilihan ramai itu.
"Dengan adanya 4 duta baru ini, kami mensasarkan untuk menarik lebih ramai perlanggan menggunakan produk Shiseido.
"Apa yang lebuh utama, peranan mereka dijangka mampu mendidik pengguna di luar sana terutama sekali wanita akan kepentingan menjaga kecantikan wajah dari segenap peringkat usia, tidak kira muda mahupun berusia," katanya.
Chery berkata, komitmen 4 duta terbaru peringkat kebangsaan itu akan berkuat kuasa bermula tahun depan, di mana Linda dan Jojo dilantik bagi memperkenalkan produk Shiseido White Lucent, manakala Ngai Yuen dan Sheila bersama produk Shiseido Benefiance.
Tambahnya, Shiseido Benefiance diformulasi bagi kulit wanita yang lebih matang untuk mengurangkan kedutan, manakala Shiseido White Lucent diaplikasi bagi wanita yang inginkan kecerahan serta kulit sekata.
Katanya, setiap produk merangkumi krim pencuci, toner dan krim bagi siang dan juga malam khusus untuk kulit wanita Asia.
"Sebagai duta Shiseido, sama ada Linda, Sheila, Ngai Yuen dan Jojo mereka akan menghadiri bengkel kecantikan yang akan dianjurkan tidak lama lagi, di mana inilah peluang terbaik buat peminat bertemu dengan selebriti kesayangan mereka dari dekat.
"Promosi secara berterusan akan kami jalankan menerusi promosi di iklan, leaflet dan banyak lagi, bukan saja bagi memperkenalkan duta terbaru kami, malahan juga menggalakan orang ramai menggunakan produk kecantikan terbaik dari Shiseido," katanya.
murai.com

2010-12-18T17:00:00+08:00
alissa
Gosip Artis|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)