Saturday, December 25, 2010

Home » » Marah kulit Aishwarya Rai dicerahkan

Marah kulit Aishwarya Rai dicerahkan

Gambar Aishwarya Rai dicerahkam


MUMBAI - Para pembaca majalah Elle marah selepas mereka mendapati kulit aktres Bollywood, Aishwarya Rai sengaja dicerahkan ketika dia dijadikan penghias kulit majalah fesyen popular itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Rai yang merupakan bekas pemegang gelaran Ratu Cantik Dunia pernah membintangi filem Bride & Prejudice dan The Pink Panther.

Aktres berusia 37 tahun itu menghiasi muka depan Elle bagi edisi bulan ini di India.


Namun, dia didapati jauh lebih cerah berbanding kulit asalnya sekali gus mencetuskan dakwaan bahawa aplikasi digital digunakan untuk mencerahkan kulit Rai.

"Ia sama sekali mengecawakan kerana kulit cerah sentiasa disanjung dan kulit gelap pula dianggap tidak cantik," kata seorang pembaca yang marah dengan tindakan Elle. - Agensi

KOSMO! Online 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update