Friday, December 3, 2010

Home » » Punca Rambut Gugur

Punca Rambut Gugur

Antara punca-punca rambut gugur adalah disebabkan oleh :-

a). Kerap mewarnakan rambut untuk kelihatan bergaya. Seboleh-bolehnya, elakkan mewarna rambut. Jika terpaksa, gunakan bahan pewarna tanpa sebatian ammonium, silicon dan raksa. Pastikan ketika menyapu, bahan pewarna tidak terkena kulit kepala kerana jika terkena, walaupun sekejab, sudah mampu merosakkan akar rambut.

b). Tabiat menyikat rambut dengan kasar dan penggunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut, boleh mendorong seseorang kepada masalah botak pada usia muda. Usah terlalu kerap menyikat rambut. Urut kulit kepala dengan jari bagi melancarkan aliran darah.

c). Faktor luaran (Fizikal) termasuk pencemaran kimia seperti sebatian sintetik bahan pengawet dalam produk penjagaan rambut gas beracun seperti karbon monoksida dan human asid yang mengandungi asid sulfurik. Pencemaran biologi pula disebabkan jangkitan kulat, bakteriadan kuman lain dalam udara, sama ada di dalam rumah atau di tempat kerja yang boleh menyebabkan kerosakan akar rambut.

d). Kehilangan rambut uga boleh disebabkan faktor genetik dan ia sukar diatasi tetapi kehadiran faktor luaran menyebabkan proses keguguran menjadi lebih cepat dan mendadak.

Sumber : Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update