Thursday, December 30, 2010

Home » » Susu tidak baik untuk kucing

Susu tidak baik untuk kucing




Memberikan kucing kesayangan susu bukan suatu yang asing bagi pencinta binatang. Namun memberi susu ternyata tidak baik untuk kucing.

Secara semulajadi, susu bukanlah makanan kucing. Selain itu kucing tak mempu mencerna laktosa. Jika dipaksakan boleh menyebabkan cirit birit. Untuk anak kucing, susu biasanya boleh didapati dari induknya.

Selain itu, kucing juga tak boleh memakan nasi. Saluran pencernaan kucing itu sukar untuk mencerna karbohidrat. Nasi memang boleh menjadi sumber tenaga, tapi tidak perlu terlalu banyak. Perbaiki dengan memberikan daging dan ikan yang kaya protein, terutama bagi kucing yang masih muda. Apabila ingin memberikan tulang, pastikan kita sudah mencincangnya hingga halus sebelum diberikan kepada kucing.

Tak hanya nasi dan susu, kadang-kadang haiwan kesayangan dibiarkan mengambil makanan sisa. Padahal hal ini tidak disarankan. Selain tidak mempunyai gizi yang baik, makanan sisa mengandungi bakteria dan cendawan beracun yang boleh membahayakan keselamatan haiwan kesayangan kita.

3 comments:

EmanCloud said...

pieskish? hehe

Anonymous said...

thank

eLLa n aLia said...

ou.. rupanya perut kucing ni takleh terima laktosa..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update