Thursday, December 9, 2010

Home » » Tips untuk menghilangkan rasa gugup

Tips untuk menghilangkan rasa gugup

a. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat persediaan rapi sebelum berucap. Sebaik manapun berucap, anda perlu mengetahui dengan tepat apakah yang diucapkan. Ini penting supaya ucapan anda mencapai objektif dan tidak tersasar atau menyimpang.

b. Anda juga perlu datang awal sebelum sesi ucapan anda, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum majlis bermula.

c. Tarik nafas sekiranya rasa gugup kerana ia mampu membantu anda menenangkan diri.

d. Pastikan anda sudah menghafal beberapa isi penting bagi mengelakkan anda terlupa.

e. Intonasi suara perlu diberi perhatian terutama untuk debat dan syarahan bagi menekankan isi penting. Jika anda ingin penonton memberi perhatian kepada isi yang disampaikan perlu ada penekanan suara iaitu tinggi dan rendah.

f. Buat latihan dengan menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di hadapan cermin. Pengucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks. Walaubagaimanapun, jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap.

h. Fokus ucapan anda bukan pada kelemahan anda. Contohnya sekiranya anda mempunyai suara yang kuat yang boleh mengawal pendengar, gunakan sebagai kelebihan dalam ucapan anda.

i. Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap emosi anda berada dalam keadaan positif

j. Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda.

k. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan majlis dan mulakan dengan senyuman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update