BANGALORE - Sekurang-kurangnya 15 ekor anjing terbiar mengheret seorang bayi dari katil semasa dia sedang tidur dan membahamnya sehingga mati berdekatan sebuah jalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Banglore, kelmarin.
Anjing liar tersebut telah membaham kedua tapak tangan, sebelah kaki serta sebelah telinga Prashanto yang merupakan anak kepada pasangan Sukhadev and Kykheyi sebelum berjaya dihalau oleh ibu bapa mangsa.
Menurut pasangan Sukhadev dan Kykheyi yang bekerja di sebuah kilang simen, mandur kilang tersebut,Yadav Chandrasen atau dikenali sebagai Gonti datang ke pondok mereka sekitar jam 4.30 pagi untuk melakukan pemeriksaan bersama-sama anjing-anjingnya dan memarahi Kykheyi kerana masih tidur dan belum memulakan kerjanya.
Kykheyi bangun dan menuju ke tempat kerja sebelum salah daripada anaknya menjerit apabila melihat anjing tersebut sedang membaham adiknya tidak jauh dari pondok mereka sekitar jam lima pagi dan pasangan tersebut bergegas ke tempat kejadian dan bertindak membaling batu ke arah anjing tersebut.
Prashanto bagaimanapun gagal diselamatkan kerana mengalami pendarahan teruk dan pihak polis bertindak menahan Gonti dan salah seekor anjing tersebut dan kerana kelalaiannya menjaga haiwan tersebut.
Friday, January 14, 2011
Anjing baham bayi hingga mati
2011-01-14T18:08:00+08:00
alissa
umum|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)