KAHIRAH: Universiti Al-Azhar di Mesir berkata Islam mengharamkan tindakan membunuh diri, walau atas alasan apa sekalipun.
'Negara-negara Islam yang mengamalkan undang-undang Syariah mengharamkan bunuh diri atas alasan apa sekalipun dan tidak menerima tindakan membunuh diri akibat ekspresi tekanan, marah atau protes,' kata jurucakap universiti itu, Encik Mohammed Rifa al-Tahtawi, kepada agensi berita Mena.
Namun, beliau berkata: 'Al-Azhar, bagaimanapun, tidak boleh memberi ulasan mengenai kes orang membakar dirinya kerana ia mungkin berpunca daripada masalah mental atau situasi psikologi yang mendorong mereka bertindak sedemikian.
'Kami tidak boleh menghakimi mereka. Kami hanya mampu berdoa dan memohon kesejahteraan ke atas mereka daripada Allah.'
Seorang peniaga muda Tunisia yang membakar dirinya awal bulan ini menjadi simbolik dalam pemberontakan yang membawa kepada penggulingan pemerintah negara itu.
Perbuatannya ditiru dengan sembilan tindakan sama berlaku di seluruh Tunisia.
Selasa lalu seorang peguam 40-an tahun cuba menamatkan riwayatnya membakar dirinya di depan ibu pejabat pemerintah di Kahirah.
Sementara itu di Iskandariah, seorang lelaki berusia 25 tahun yang mati di sebuah hospital akibat membakar diri sendiri disahkan mengalami gangguan mental oleh pihak berkuasa.
Lima lelaki di Algeria dan seorang di Mauritania, bagaimanapun, gagal mencabut nyawa dengan membakar diri sendiri. -- AFP.
Saturday, January 22, 2011
Bunuh diri itu haram
2011-01-22T00:00:00+08:00
alissa
spritual|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)