Saturday, January 15, 2011

Home » » Kenapa roti rasa kenyal?

Kenapa roti rasa kenyal?


Susunan NAZRUL AZIM SHARUDDIN



ROTI dikatakan makanan paling tua di dunia yang wujud sejak zaman Neolitik apabila penduduk ketika itu telah mencampurkan bijiran dan air sebelum di masak untuk menghasilkan roti.

Kini, makanan tersebut popular di kalangan masyarakat Barat dan telah dijadikan sebagai makanan ruji mereka.

Selain di makan biasa, roti juga disediakan dengan pelbagai cara lain seperti digoreng, dibakar atau dikukus.

Secara asasnya, pembuatan roti akan melibatkan bahan-bahan seperti tepung gandum, serbuk penaik, yis, sedikit garam dan bahan perisa yang bersesuaian.

Rasa kenyal dan lembut pada roti sebenarnya disebabkan oleh kandungan bahan gluten yang terdapat di dalam tepung gandum.

Untuk mengekalkan kesegaran dan keenakkan roti, ia perlu disimpan di dalam ruang tertutup supaya tidak masuk angin.

estidotmy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update