Wednesday, January 19, 2011

Home » » Sesi uji bakat bagi memilih protege Erra Fazira kecoh

Sesi uji bakat bagi memilih protege Erra Fazira kecoh

KUALA LUMPUR: Kecoh apabila empat remaja hadir untuk sesi uji bakat Mentor membuat aduan kepada pengurusan rancangan itu selepas tidak dibenarkan bertemu dengan Erra Fazira kerana gagal dalam sesi ujian pertama yang dilakukan komposer terkenal Mohd Faizal Maas atau Ajai bersama produksi terbitan itu.

Erra Fazira mengadakan sesi uji bakat bagi memilih protege (anak didik) di Sri Pentas, Bandar Utama di sini semalam, bagi musim kelima rancangan itu. Hampir 500 orang membanjiri ruang legar Sri Pentas bagi mencuba nasib untuk dipilih menjadi protege kepada penyanyi dan pelakon popular itu, sekali gus merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan bergelar artis rakaman.


Ditemui selepas akhirnya dibenarkan menjalani uji bakat bersama Erra Fazira, Khairul Anuar Omar, 19, dari Jalan Klang Lama menjelaskan dia bersama tiga lagi rakannya meluahkan rasa tidak puas hati selepas nama mereka digugurkan daripada menjalani uji bakat bersama Erra.

Dia yang datang ke Sri Pentas seawal jam 7 pagi melahirkan rasa kecewa kerana tidak dibenarkan bertemu Erra untuk diuji bakat sedangkan tujuan utamanya mahu menjadi anak didik kepada penyanyi dan pelakon popular itu.


Bagaimanapun, masalah dihadapi dapat diselesaikan apabila Erra sendiri membenarkan empat remaja terbabit masuk ke bilik uji bakat dan mencuba nasib buat kali kedua.


Ternyata, nasib tidak menyebelahi mereka dan gagal dalam ujian dilakukan.

Kata Erra sewaktu ditemui, pihak produksi terpaksa membuat tapisan awal bagi memudahkan urusan uji bakat berikutan terlalu ramai yang hadir untuk mencuba nasib. Malah sesi bersama Afdlin Shauki, kelmarin berakhir jam 5 pagi.


“Mereka kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan saya, bagaimanapun masalah timbul sudah pun diselesaikan pihak pengurusan sendiri. Namun sayang apabila diberi peluang mereka tidak dapat menyembunyikan perasan kecewa dan menangis. Mereka tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesi uji bakat disertai,” katanya.

Selain Erra, turut terbabit sebagai Mentor musim kelima ini adalah Datuk Sharifah Aini, Edry Abdul Halim, Noh Hujan dan Rahim Maarof.


Pemilihan peserta rancangan Mentor bergantung kepada artis popular terbabit dan sesi uji bakat dimulakan pada 18 Disember lalu dan berakhir 30 Januari ini.

1 comments:

TS said...

erm..sume nak jd famous..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update