Saturday, January 15, 2011

Home » » Tip jika anda terlibat dalam kemalangan

Tip jika anda terlibat dalam kemalangan


Kemalangan masih boleh berlaku walaupun anda cuba untuk mengelakkannya. Sekiranya anda terlibat di dalam kemalangan jalan raya, ketahui perkara yang perlu anda lakukan seterusnya.

  • Sila bertenang dan jangan cemas.
  • Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
  • Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
  • Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
  • Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
  • Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
  • Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
  • Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.
  • Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
  • Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
  • Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
  •  Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
  • Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/ pengendali takaful anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update