Saturday, February 19, 2011

Home » » GUNA KAD DEBIT JIKA GAGAL KAWAL PERBELANJAAN

GUNA KAD DEBIT JIKA GAGAL KAWAL PERBELANJAAN

Penggunaan kad debit semakin berleluasa di negara ini. Fungsi kad debit berbeza dengan kad kredit. Pengguna yang menggunakan kad debit untuk sesuatu transaksi, tidak akan menjadi penghutang kerana mereka perlu mempunyai wang yang secukupnya dalam kad debit sebelum membeli sesuatu barang. Sebaliknya apabila menggunakan kad kredit, pengguna perlu membayar semula jumlah wang yang telah dibelanjakan itu.

Penggunaan kad debit sebenarnya dapat membantu pengguna untuk belajar menguruskan wang mereka dengan bijak. Tetapi pengguna perlu mempunyai kawalan diri apabila menggunakan kad kredit, jika tidak mereka akan menjadi penghutang.

Pengguna kad kredit tidak perlu risau terhadap kawalan diri mereka kerana mereka hanya boleh berbelanja berdasarkan baki yang masih ada dalam akaun simpanan mereka.

Kad debit juga boleh digunakan untuk pengeluaran wang tunai segera, ia bertindak sebagai kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai. Walau bagaimanapun, pengguna harus beringat bahawa sebelum menggunakan kad debit, pastikan wang adalah mencukupi.

Pengurusan kewangan dengan bijak menjanjikan kehidupan yang aman. Pengguna yang tidak boleh mengawal diri dalam perbelanjaan dinasihatkan supaya tidak menggunakan kad kredit. Kad debit adalah lebih sesuai untuk mereka kerana ia membolehkan mereka berbelanja dalam lingkungan kemampuan sendiri.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update