Saturday, February 5, 2011

Home » » Hampir 10 ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan mengutuk kekejaman Hosni Mubarak

Hampir 10 ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan mengutuk kekejaman Hosni Mubarak

Rakyat Mesir yang berada di Malaysia turut menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika bersama-sama rakyat negara ini yang menyokong tuntutan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur.

Sebahagian rakyat Mesir yang datang dengan membawa keluarga, bersama-sama sembahyang Jumaat di Masjid As Syakiriin, KLCC, menyertai perarakan dan membawa sepanduk mengecam Hosni Mubarak dalam bahasa Arab dan Inggeris.

"Kami bukan sekadar mahu Hosni Mubarak berundur tetapi mahu menghancurkan beliau," kata seorang wakil mereka yang diminta berucap bersama-sama pimpinan parti-parti politik dan Badan-Bukan Kerajaan (Ngo) yang menganjurkan perhimpunan itu.

Kata beliau, selama puluhan tahun Husni Mubarak mentadbir negara itu, rakyat Mesir sentiasa berada dalam musibah, kemiskinan dan dinafikan pelbagai hak.

Malah beliau turut mendakwa Husni mendapat sokongan daripada negara Israel untuk terus mengekalkan kuasanya.

Perhimpunan menyokong kebangkitan rakyat Mesir itu - kali kedua diadakan di negara ini - selepas himpunan pertama dihadapan kedutaan Mesir sebaik sahaja berlaku protes besar-besaran terhadap kepimpinan Husni Mubarak di Mesir sejak beberapa minggu lalu.

Kehadiran orang ramai juga dilihat semakin bertambah dengan jumlah melebihi 5000 orang, berbanding himpunan 31 januari lalu, termasuk menyaksikan penglibatan lebih banyak Ngo-Ngo.

Kali ini, himpunan yang bermula diperkarangan masjid KLCC sejurus selepas solat Jumaat diteruskan dengan perarakan melalui Lebuh Ampang dan memasuki Jalan Tun Razak, sebelum berhenti di hadapan bangunan keduataan Amerika.

"Amerika juga dalang disebalik kezaliman pentadbiran Hosni Mubarak, menjadi sekutu dan menyokong pentadbiran anti demokrasi di Mesir.

"Sebab itu kali ini kita ke kedutaan Amerika untuk menyatakan bantahan dan berharap tiada gangguan polis," kata Ahli Jawatankuasa PAS, MOhammad Sabu - salah seorang tokoh utama yang memimpin perarakan hari ini.

Banyak pihak mula melahirkan kebimbangan dan membantah sikap Amerika yang dilihat cuba mencampuri urusan negara itu.

Dalam perkembangan terbaru, pegawai pentadbiran Amerika dilaporkan agensi berita berkata, negara itu sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Mesir tentang kemungkinan peletakan jawatan segera Hosni Mubarak dan pembentukan kerajaan interim.

Sehubungan itu, satu memorandum bantahan campurtangan Amerika turut diserahkan dalam perhimpunan hari ini kepada kedutaan Amerika iaitu untuk menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak agar meletakkan jawatan






Harakahdaily 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update