Sunday, February 6, 2011

Home » » Tanya 911 cara betul tanam ganja

Tanya 911 cara betul tanam ganja

FARMINGTON: Polis Connecticut menahan seorang lelaki yang menghubungi talian kecemasan 911 bertanya cara yang betul menanam pokok marijuana, kata sumber, semalam.

Robert Michelson, 21, bercakap dengan operator talian berkenaan pada malam kelmarin, tetapi diberitahu adalah salah bagi seseorang menanam pokok dadah.


Michelson terus mengucapkan terima kasih dan meletak telefon.

Polis kemudian ke rumah Michelson untuk menyiasat dan merampas benih marijuana di situ. - AP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update