Pelakon dan pengacara Daphne Iking, 32, menafikan dakwaan dia memeluk Islam hanya kerana ingin berkahwin dengan lelaki Melayu.
Pelakon Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi filem Belukar itu berkata, dia memilih Islam kerana terpesona dengan keindahan agama berkenaan dan takdir telah membuka hatinya untuk mendalami Islam.
Namun, dia tidak mampu menutup mulut orang untuk terus membicarakan hal dirinya, tambahan menerusi perkahwinannya dengan Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari lalu menambahkan cerita kurang enak terhadap dirinya.
Tidak hanya itu, Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor M Iking dikatakan masih kekal dengan imej seksinya sekalipun sudah memeluk Islam.
Namun, bagi Daphne, dia akan terus tabah menghadapi segala ujian.
Tuesday, March 1, 2011
Home »
Gosip Artis
»
Daphne Iking memilih Islam kerana terpesona dengan keindahan islam
Daphne Iking memilih Islam kerana terpesona dengan keindahan islam
Daphne Iking memilih Islam kerana terpesona dengan keindahan islam
2011-03-01T21:31:00+08:00
alissa
Gosip Artis|