Tuesday, April 12, 2011

Home » » Perbezaan Sikap Pemandu Lelaki Dan Pemandu Wanita

Perbezaan Sikap Pemandu Lelaki Dan Pemandu Wanita

Sikap Wanita :


• Wanita lebih cenderung menukar lorong secara tiba-tiba dan membahayakan orang lain.
• Membuat pusingan U secara tiba-tiba, tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain.
• Memberhentikan kereta secara tiba-tiba dan meletak kereta sesuka hati hingga menghalang laluan.
• Bersifat pelindung kerana mereka ialah ibu. Oleh itu mungkin mereka pentingkan diri bila berada di jalan raya, misalnya tidak beri laluan kepada kereta lain.
• Lebih bersikap berhati-hati dan mereka bergerak lambat pada jalan lapang dan tidak banyak kereta menyebabkan gangguan kepada pemandu lain.


Sikap Lelaki :


• Pemandu lelaki tiga kali ganda lebih cenderung menekan hon bila kenderaan di depannya dipandu terlalu lambat berbanding perempuan.
• Pemandu lelaki dua kali ganda melanggar peraturan jalan raya berbanding pemandu perempuan. Malah, sebanyak 83 peratus pemandu lelaki cenderung menunjukkan perangai memandu laju manakala perempuan hanya sebanyak 17 peratus.
• Lelaki lebih cenderung memandu tujuan mencari sensasi iaitu menunjukkan kepada rakan sebaya dan orang ramai mengenai kemahirannya memandu di jalan raya.


Sumber:

Prof Dr Abd Rahim Md Nor
Pakar Pengangkutan Awam Dan
Pengerusi Puasta Pengajian Sosial, Pembangunan, Persekitaran
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update