Tuesday, April 12, 2011

Home » » Reka bentuk Taipei 101 ilham pokok buluh

Reka bentuk Taipei 101 ilham pokok buluh






Menara Taipei 101 di Taiwan yang pernah menjadi bangunan tertinggi selama tiga tahun sebelum di ambil alih oleh Burj Khalifa di Dubai pada Januari lalu, dibangunkan mengikut reka bentuk pokok buluh.

Bangunan 101 tingkat di bahagian atas dan lima tingkat di bahagian bawah itu sebelum ini dikenali sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei.

Ia dibangunkan oleh seorang arkitek bernama C.Y. Lee dan dibina oleh syarikat KTRT Joint Venture selama lima tahun bermula 1999 sehingga 2004.

Binaan tersebut mempunyai kelebihan boleh bertahan di dalam keadaan gempa bumi dan juga taufan.

Antara kemudahan yang terdapat pada bangunan ini adalah seperti aplikasi gentian optik untuk capaian Internet pantas.

Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan 63 kilometer sejam (km/j).

Pada bahagian dalamnya pula, terdapat pasar raya setinggi enam tingkat, kedai-kedai dan juga restoran.

estidotmy

Susunan NAZRUL AZIM SHARUDDIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update