Sunday, April 11, 2010

Home » » Cara mengelakkan bibir merekah

Cara mengelakkan bibir merekah






Memiliki bibir yang cantik adalah  menjadi pilihan setiap wanita. Cuaca panas boleh menyebabkan Bibir menjadi merekah. Bibir kering dan  pecah-pecah bukan hanya membuatkan bibir menjadi tidak menarik, malah  mereka juga merosakkan penggunaan lipstik.


  1.  Basahkan bibir korang dengan air suam. Tuamkannya secara perlahan lahan dan usap pada kulit yang menggelupas. Cuba tanggalkan sedikit demi sedikit kulit yang hampir tertanggal. Kemudian bersihkan bibir
  2. Selepas bibir sendiri , oleskan krim pelindung bibir yang mengandungi hydrocortisone untuk bertujuan menyembuhkan kesan luka pada bibir. Elak menggunakan tangan, Sebaik baiknya menggunakan kapas atau cotton tip.
  3. Selepas luka pada bibir sembuhjangan lupa untuk oleskan pelembab bibir seperti lip balm pada bibir sewaktu korang keluar beraktiviti. Pastikan kelembapan bibir anda terjaga setiap masa tak kiradalam apa jua cuaca.
  4. Madu juga boleh menggantikan produk pelembap yang dijual di kedai. Caranya dengan mengamalkan iaitu menyapu madu setiap kali sebelum tidur
  5. Produk kecantikan bibir yang tamat tempoh atau palsu juga boleh menyebabkan bibir anda rosak. Pastikan produk yang korang gunakan itu tidak melebihi setahun setengah. Kalau tak pasti,buangkan saja produk itu daripada merosakakn bibir 
  6. Untuk mengelakkan bibir mengalami iritasi, gunakan pembersih yang bersesuaian. Lapkan sebersih bersihnya sisa sisa gincu agar tidak meninggalkan kesan yang menimbulkan radang.
  7. Banyakkan minum air,Sentiasa membawa sebotol air kemana mana saja korang pergi  
  8. Hindari tabiat merokok kerana rokok boleh menyebabkan bibir korang menjadi hitam.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Friend Update