Aku ingin berkongsi kisah lama yang pernah mematahkan semangat aku untuk hidup...
suatu ketika dahulu, aku hidup dengan penuh kesusahan dan kemiskinan. kegagalan abah dan mami dalam mempertahankan rumahtangga betul2 merobek hatiku apalagi aku masih mempunyai 2 orang adik kecil yang tidak tau ape2 pada masa tu... (sekarang dah remaja ponnn)aku dan adik2 meneruskan hidup bersama abah manakala abgku telah lama melarikan diri dan aku x pasti pada ketika itu, di mana dia berada.. mami pula, bahagia menyulam cintanya bersama lelaki yang lebih mewahnye jika dibandingkan dengan abah...
hidup aku 4 beranak penuh kedaifan dan aku sampai ke hari ini masih tidak percaya bahawa aku telah berjaya melalui setiap detik2 hitam itu.. abah merupakan nadi dalam hidupku..ketabahan lelaki tua itu, begitu mengagumkan aku dan kerana itu juga lah hingga ke saat ini aku masih mengagung-agungkan kehebatannye..
dia pernah menangis semasa solatnya malah sanggup,tidak makan demi memenuhi tangki perut aku dan adik2ku.. berhari2 lamanye dia tidak tidur malam demi menjaga adikku yang tidak sihat. lebih dari itu, dia sanggup mengayuh roda tiga (harta yang paling bernilai baginya) berbatu2 demi mencari sesuap nasi...dia betul2 tabah...
dalam kesempitan hidup, dia tetap berusaha keras bagi menyekolahkan aku dan adik2ku.. hujan panas sudah menjadi kebiasaan baginya dan segalanya sudah tidak ada erti lagi buatnya asalkan aku dan adik2 dapat hidup seadanya..
dia pernah memegang tanganku,merenung dalam ke mataku dan menembusi dinding hatiku lalu menyentuh kalbuku sambil berkata,
"abah tidak mampu memberikan walau seutas emas buatmu, malah tidak berdaya memewahkan hidupmu..abah cuma mampu memberikan kau semangat dan rajinlah engkau belajar supaya kau dapat memenuhi hidupmu dengan setiap yang kau inginkan dalam hidupmu..dan kalaupun abah tiada suatu ketika nanti, janganlah engkau lupa setiap pengorbananku dan jagalah adik2mu kelak seperti mana aku menjagamu.."
satu baris ayatpun aku masih belum lupa dan aku harap aku takkan lupa buat selama-lamanya...
hari ini, abah semakin tua..kedut diwajahnya semakin jelas.. aku terfikir, apakah lagi yang masih belum aku lakukan untuk membahagiakan abah kerana sepanjang hayatnye dia hanya tahu membahagiakan aku.... harap aku masih belum terlewat..
inilah raut wajah lelaki yang paling bererti dalam hidupku...
sayang abah sangat!!!!
3 comments:
i'm so proud with ur father..
sedih dengan cerita ini..
sampaikan salam saya pada ayah...
Happy Father Day
mcm kenal je nie.kita dok sekampung rupenyer..
he.he.he.
wasalam
hargailah org tua kita selagi mereka ada dimuka bumi ini..sesungguhnya pengorbanan mereka sungguh besar.dan tak mugkin dapat untuk dicari ganti.
Post a Comment