Thursday, May 27, 2010

Home » » Farid Kamil menggenggam segulung ijazah..

Farid Kamil menggenggam segulung ijazah..



     


Aku cukup berbangga dengan Farid Kamil...Walaupun sibuk dalam kerjayanya sebagai pelakon dan
pengarah muda..Dia dapat membahagikan masanya untuk pelajarannya juga. Dan kini segala usahanya menjadi kenyataan apabila dia sudah menggenggam segulung ijazah dalam bidang Sarjana Muda Teknologi kreatif (Seni Layar) di Universiti Teknologi Mara (UITM).Setelah bekerja keras dalam pembelajarannya selama 4 tahun. Tahniah..Tahniah dan tahniah...





SHAH ALAM: Ada dua perkara mengembirakan pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil Zahari, 29, apabila filem pertama arahannya, V3: Samseng Jalanan ditayangkan pada 11 Mac lalu dan kedua, dia kini berjaya menggenggam segulung ijazah selepas tamat pengajian dalam bidang Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Farid ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana cita-citanya untuk mengarah sekurang-kurang satu filem sebelum bergelar graduan berhasil apabila diberi kepercayaan penerbit filem terbabit, David Teo untuk mengarahkan filem itu.
Walaupun terpaksa menghabiskan pengajian selama empat tahun di Kampus Cawangan UiTM di Puncak Perdana, di sini, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat Farid untuk berjaya dalam bidang diceburi. “Saya bertuah kerana cita-cita tercapai apabila arahan pertama saya, V3 Samseng Jalanan menemui penonton sebelum konvokesyen ini.

“Seterusnya, saya akan menemui penonton dengan filem terbaru lakonan saya iaitu Lagenda Budak Setan tidak lama lagi sebelum mengarah filem kedua bertajuk Kongsi hujung bulan ini,” katanya di sini, semalam.

Turut meraikan kejayaannya itu, bapanya, Datuk Dr Zahari Che Dan, 58, dan ibu, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55.

Farid yang juga anak sulung daripada lima beradik itu berkata, kehidupan sebagai pelakon, pengarah dan pada sama bergelar pelajar memerlukan dia begitu komited dalam kehidupan selain bijak menguruskan masa.

“Saya tidak mempunyai banyak masalah untuk membahagikan masa kerana sejak di peringkat diploma lagi saya belajar sambil bekerja, jadi saya sudah terlatih dengannya.

“Malah, walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya tidak pernah tinggalkan kelas. Ketika di kelas, saya akan memberi tumpuan seratus peratus dan saya berterima kasih kepada rakan sekuliah dan pensyarah yang banyak membantu,” katanya.

1 comments:

illafira said...

memang bangga ngan artis2 yg pentingkan pelajaran wlaupun di dlm dunia glamor..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update