Thursday, December 16, 2010

Home » » Proton perkenal Saga FL 1.3

Proton perkenal Saga FL 1.3



Saga FL 1.3


PROTON Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan model berwajah baru Saga, Saga FL, sekali gus mengunjur jualan sekurang-kurangnya 6,500 unit sebulan bagi model itu.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, sehubungan itu pihaknya menyasarkan jualan 75,100 unit untuk kereta terbabit sepanjang tahun kewangan 2010/11 Proton.



Katanya, sasaran itu realistik, lebih-lebih lagi model Saga baru muncul model terlaris di pasaran beberapa bulan kebelakangan ini.

“Walaupun model sebelum ini antara yang terlaris pasaran, kami tetap mengeluarkan model berwajah baru seiring dengan falsafah baru Proton. Kami tidak mahu bergantung kepada kejayaan dan populariti Saga, sebaliknya sambutan hangat pengguna memotivasikan kami untuk menghasilkan model lebih baik.





“Dengan menampilkan ciri lebih menarik, antaranya reka bentuk dapra dan lampu puncak baru, kami yakin mampu mencapai sasaran ditetapkan, lebih-lebih lagi dengan tawaran harga hanya sedikit tinggi berbanding sebelum ini,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Saga FL di Subang Jaya, semalam.


Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada Januari 2008, Saga muncul model terlaris di Malaysia dengan purata jualan 6,200 unit sebulan.

“Sehingga Oktober lalu, kita sudah menjual 204,150 unit dan kini menerima 245,030 tempahan bagi model ini,” katanya.


Menurutnya, Saga FL 1.3 Standard manual berharga RM37,998 dan transmisi automatik (RM40,998); manakala 1.3 Executive manual (RM40,698) dan automatik (RM43,298).

“Ini bukan saja meletakkan model Saga FL antara termurah di pasaran dalam negara, malah kawasan serantau, sekali gus membuktikan komitmen kami menawarkan produk berkualiti, bergaya dan canggih pada harga mampu milik,” katanya.

 


Saga FL ditampilkan dalam enam warna dengan reka bentuk dapra baru, tukup, lampu puncak, gril depan, bamper depan dan belakang serta cermin sisi menggabungkan isyarat LED. Model eksekutif pula antaranya menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan keluli aloi baru, spoiler belakang dan beg udara sisi tambahan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update