Friday, June 25, 2010

Home » » Malaysia antara negara yang paling tinggi jumlah subsidi

Malaysia antara negara yang paling tinggi jumlah subsidi



SERING kita dengar pelbagai pihak meminta kerajaan mensubsidikan pelbagai barangan dan perkhidmatan dengan alasan meringankan beban rakyat berpendapatan rendah manakala sebahagian lagi mendesak subsidi dihentikan kerana membebankan kerajaan serta subsidi berkenaan tidak sampai kepada golongan sasaran.
Tujuan subsidi ialah meringankan beban rakyat dengan mengawal harga barangan keperluan penting seperti gula, petrol, minyak masak, beras dan tepung dengan menjadikannya harga barangan itu lebih rendah berbanding nilai sebenarnya di pasaran.


Namun, ramai tidak menghargai barangan subsidi lalu menggunakannya secara membazir iaitu berlebihan daripada sepatutnya serta menyebabkan barangan yang disubsidi menjadi bahan seludup ke negara jiran yang harganya lebih mahal.


Malaysia antara negara yang paling tinggi jumlah subsidi. Berdasarkan peratus dan nominal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), subsidi Malaysia adalah yang tertinggi iaitu 11 peratus berbanding Indonesia (2.7 peratus), China (0.7 peratus), India (1.6 peratus), Filipina (0.2 peratus), Switzerland (3.5 peratus), Perancis (1.4 peratus) dan India (1.6 peratus).


Kerajaan menggunakan wang rakyat dan hasil pendapatan negara untuk membiayai subsidi berkenaan yang berjumlah RM74 bilion setahun (perangkaan 2009) iaitu bersamaan RM12,900 pendapatan satu isi rumah.


Jumlah RM74 bilion itu meliputi RM42 bilion subsidi untuk sosial (kesihatan, kebajikan, pendidikan dan biasiswa), RM23.5 bilion untuk bahan api (petrol, gas memasak, gas dan elektrik), RM4.6 bilion untuk insfrastruktur (tol, penerbangan pedalaman, kereta api) dan RM3.1 bilion untuk makanan (minyak masak, gula, tepung, beras, makanan laut).


Subsidi yang besar itu menjadikan harga makanan, petrol dan khidmat sosial di Malaysia yang terendah berbanding negara jiran. Satu kilogram minyak masak hanya RM3.30 berbanding RM8.70 di Singapura dan sekilogram gula hanya RM1.65 berbanding RM3.78 Filipina.


Harga rendah itu menjadikan harga makanan di Malaysia juga murah menyebabkan rakyat makan berlebihan. Hampir sepanjang masa kita boleh melihat gerai dan restoran mamak dipenuhi pelanggan dan mungkin sebab itu terdapat banyak restoran 24 jam di Malaysia kerana penduduknya makan dan minum sepanjang masa. Akibatnya, ramai berpenyakit dan berlebihan berat badan. Harga petrol di Malaysia juga lebih rendah berbanding negara jiran dan negara lain di dunia, malah Somalia yang rakyatnya rata-rata miskin terpaksa membeli petrol pada harga AS$0.91 berbanding AS$0.53 seliter di Malaysia.


Persoalannya, siapakah yang mendapat faedah besar daripada subsidi itu? Rakyat berpendapatan rendah atau peniaga (subsidi makanan) dan golongan berpendapatan besar menggunakan kereta mewah enjin berkuasa besar (subsidi petrol)? Perangkaan yang dikeluarkan Unit Pengurusan, Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) menunjukkan Malaysia berada dalam keadaan bajet defisit sejak krisis ekonomi 1998 dan defisit KDNK kita pada 2010 ialah -5.6 peratus.


Hutang kerajaan juga meningkat. Tahun lalu, jumlahnya RM362 bilion atau 54 peratus berbanding KDNK, lebih tinggi berbanding Indonesia (28 peratus) dan menghampiri Filipina (62 peratus).


Budaya subsidi membawa kesan tidak menyenangkan, termasuk tidak sampai kepada golongan disasarkan, salah guna, pasaran (perdagangan) mengecut, pembaziran dan pengeluaran berlebihan berikutan penggunaan sewenang-wenangnya.


Apa pula pendapat korang pasal hal ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update