Sunday, July 18, 2010

Home » » Apa dah jadi pada kerajaan kita

Apa dah jadi pada kerajaan kita



Adoi mula mula saman ekor kena bayar. Pastu minyak naik dan gula naik. Harga teh tarik dah nampak akan naik. Lepas nie apalagi yang akan naik. Alasan masih sama lagi, lebih murah dari negara lain.. Kenapalah sentiasa bandingkan dengan negara lain. Pasal cukai pendapatan, tol dan keistimewaan lain kat negara lain taklah pulak dibandingkan. Huhuhu


*KUALA LUMPUR:* Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia,
sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga
gula sebanyak 25 sen.

Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan
pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.

"Ini adalah anggaran sahaja - perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan
faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana
Menteri.

Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah
RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024
untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan
RM0.0105 untuk mi goreng.

Kerajaan hari Khamis mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas
cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program
rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.

Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen
seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga
bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga
RM1.85 sekilogram.

Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang
menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk
RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina
(RM6.60).

Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari
Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).

Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan
masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula
dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008,
dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat
asing. -* BERNAMA*

1 comments:

hujanlebat said...

hehehe... nak buat camno.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update