Sunday, July 11, 2010

Home » » Persediaan Menunaikan Haji- Perbualan Dua Malaikat

Persediaan Menunaikan Haji- Perbualan Dua Malaikat



 

Adalah pada suatu musim haji, seorang ulamak yang terkenal dan juga ahli
sufi iaitu Hasan Al-Basri pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat
lalu tertidur.

Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.

Berkatalah Malaikat pertama, “ sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah
haji pada tahun ini.”

Kata Malaikat kedua, “ Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang
menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang. Kata Malaikat yang pertama, “
tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?

” Kata Malaikat yang kedua, “hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.” Berkata
lagi Malaikat yang pertama, “tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang

mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah
tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?”

“Tidak, jawab Malaikat yang kedua.”


Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “mereka tidak layak mendapat Haji
Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan
tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan
ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak
dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang
kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain
yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak
dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid
seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji
Mabrur.”


Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan
mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil
keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut.

Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu
seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana
hendak memulakan
soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.

Lalu berkatalah si Tukang Kasut.


“ Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak
mengunjungi Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung
sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut.


Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan
fardhu haji. Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan
melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang
dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau
tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik
seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak.


Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan
masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi
kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan
berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan
ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang
baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa
memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran. Lalu sayadengan berlinangan
air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya.


Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami
mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu
Tunggal tersebut.

Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan”,

berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.


~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~


--
Hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa
melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha..
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat
mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan
tidak dijangkiti penyakit tamak. - Riwayat At-Tirmidzi

Dari
nor hayati

1 comments:

Amir Izzat said...

Assalamualaikum.
hurm.. apa ek yang amir nak katakan? hurm..terima kasih atas penyebaran ini. nak dapat haji makbur bukannya susah andai mengikut jejak lelaki tukang kasut itu..kan? wallahualam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update