Wednesday, November 24, 2010

Home » » 6 faktor graduan menganggur

6 faktor graduan menganggur

BERDASARKAN kajian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2009 dan maklum balas industri, enam perkara dikenal pasti sebagai antara faktor utama graduan terpaksa menganggur berikutan gagal memasuki pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan (gambar) berkata, sebahagian besar faktor itu membabitkan graduan sendiri seperti kurang permintaan terhadap bidang pengajian dimiliki graduan, kekurangan kemahiran berkomunikasi, kelemahan menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

“Selain itu ada graduan enggan berhijrah dari kampung halaman dan terlalu memilih tempat bekerja manakala sebahagian lagi mengharapkan gaji tinggi. Pada masa sama, kebanyakan majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai satu syarat pengambilan.

“Bagi mengatasi masalah ini, KPT menganjurkan Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Graduan Menganggur yang dilaksanakan dengan pelbagai agensi manakala Kementerian Sumber Manusia (KSM) melaksanakan pelbagai program termasuk Pendaftaran dan Penempatan Pekerjaan melalui portal JobsMalaysia, mewujudkan JobsMalaysia Center dan Karnival Kerjaya,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (BN-Sepang) yang ingin penjelasan mengenai peratus graduan tempatan yang belum mendapat pekerjaan selepas satu hingga lima tahun menamatkan pengajian serta punca mereka gagal mendapat pekerjaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update