Thursday, November 25, 2010

Home » » Berhati Hati Menaiki Tangga Bergerak ( Eskalator )

Berhati Hati Menaiki Tangga Bergerak ( Eskalator )


Pada 31 Januari 2010 dan lebih kurang jam 11.39 pagi seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 3 tahun telah tersepit kaki kirinya di antara skirt eskalator dan bahagian tepi muka tangga eskalator ketika sedang menuruni eskalator tersebut. Kemalangan ini telah menyebabkan kecederaan serius pada kakinya di mana beberapa bahagian kakinya telah patah. Eskalator adalah satu jenis kemudahan pengangkutan yang mengangkut penumpang dari satu tingkat kepada satu tingkat lain di dalam sesebuah bangunan seperti yang terdapat di kompleks membeli-belah. Ianya terdiri dari serantaian anak tangga berpacuan motor letrik yang bergerak ke atas atau ke bawah dalam satu landasan manakala mata tangga kekal mendatar.






Berikut adalah cadangan dalam memastikan penumpang selamat ketika menaiki eskalator:
»
Pastikan tali kasut tidak longgar dan kasut yang dipakai bersesuaian ketika menaiki eskalator
»
Sentiasa memegang tangan anak-anak di eskalator dan tidak membenarkan anak-anak untuk duduk atau bermain di muka tangga eksalator;
»
Sentiasa memandang ke hadapan, berdiri di tengah muka tangga iaitu dalam kawasan tangga eksalator di mana sempadannya diwarnakan kuning dan berpegang pada handrail ;
»
Elakkan berdiri di tepi muka tangga bagi mengelakkan kaki tersepit;
»
Ketahui di mana butang kecemasan shutoff yang berwarna merah jika anda perlu untuk menghentikan eskalator;
»
Elakkan daripada meletak beg tangan atau bungkusan di atas handrail;
»
Jangan bersandar di tepi handrail.

1 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

ouch! camna la kaki boleh masuk celah tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update