Kajian menunjukkan bahawa komunikasi antara suami dan isteri yang tidak berkesan adalah antara punca utama konflik a ntara suami dan isteri.
Perlu difahami bahawa komunikasi amat penting dalam kehidupan rumah tangga. Tanpa komunikasi mustahil untuk pasangan suami dan isteri menyelesaikan masalah, mengembangkan hubungan secara sihat, membina kebahagiaan rumah tangga dan mencapai tujuan asal perkahwinan iaitu untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan keredaan Tuhan.
Sebab itu sebilangan pengkaji ilmu komunikasi keluarga menyatakan bahawa perkahwinan adalah sesungguhnya komunikasi yang berlaku antara suami dan isteri.
Namun ramai suami atau lelaki tidak menyedari bahawa cara mereka berbicara atau berkomunikasi dengan isteri boleh menimbulkan tekanan emosi dan perasaan. Seterusnya menyebabkan hilangnya harga diri dan kemuliaan seseorang wanita tersebut.
Situasi ini amat memilukan apabila ia berlaku pada wanita yang hidupnya diabadikan untuk mengembirakan dan memuliakan suami.
Sunday, November 21, 2010
Home »
kekeluargaan
»
Kesilapan Cara BerKomunikasi Punca Keretakan Rumahtangga
Kesilapan Cara BerKomunikasi Punca Keretakan Rumahtangga
Kesilapan Cara BerKomunikasi Punca Keretakan Rumahtangga
2010-11-21T12:00:00+08:00
alissa
kekeluargaan|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)