Tuesday, November 23, 2010

Home » » Panduan sebelum mulakan berlari-lari anak

Panduan sebelum mulakan berlari-lari anak

SENAMAN perlu kerap dilakukan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha mengekalkan kesihatan diri.

Ramai orang mahu sentiasa kelihatan sihat dan segar.

Oleh itu, kita digalakkan berjoging atau lari-lari anak.

Bagaimanapun lari-lari anak bukan saja memberi banyak manfaat, malah ia juga boleh membahayakan sekiranya anda tidak memberi perhatian yang secukupnya.

Di sini terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin memulakan senaman dengan berlari-lari anak.

Ada sebab mengapa ia berbahaya dan bagaimana ia boleh merosakkan kesihatan.

  •  Jika anda berlari-lari anak di jalan raya, anda akan menghadapi risiko dilanggar.

  •  Berlari-lari anak di jalan yang bengkang-bengkok boleh menyebabkan ketegangan di bahagian sendi-sendi anggota badan kita.
Salah satu kaki anda akan mengalami ketegangan dan sebelah lagi pula akan mengalami sedikit kekejangan.

  •  Jangan berlari jika terasa sakit. Anggota badan yang sakit itu adalah tanda bahawa anda harus berhenti.
Jika anda tidak mempedulikan amaran itu dan terus berlari, anda akan mengalami kerosakan anggota yang kekal.

  •  Setiap kali kaki anda terhentak ke tanah, tulang dan sendi menghadapi risiko.
Bagi mengurangkan risiko kecederaan yang lebih teruk, pastikan anda berlari dalam keadaan yang selesa, memakai kasut yang mempunyai tapak sesuai untuk tahan menerima hentakan kaki yang berulang kali.

  •  Berlari boleh menyebabkan kita ketagih.
Apabila anda berlari, tubuh akan mengeluarkan hormon endorfin dan boleh membuat orang itu ketagih untuk berlari.

Nota: Penulis ialah Pakar Kesihatan dan Kecergasan di NTUC Healthcare.

Oleh
Wan Shamsury Wan Hassan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update