Friday, November 5, 2010

Home » » 'Spiderman' Cuba Tawan Singapore Flyer Pula

'Spiderman' Cuba Tawan Singapore Flyer Pula



Foto TAUFIK A. KADER


5 Nov 2010



RODA raksasa dan terbesar di dunia, Singapore Flyer, bakal menerima seorang 'lelaki labah-labah' petang ini.

Pemanjat bangunan, Encik Alain Robert, yang lebih dikenali sebagai 'French Spiderman' bakal memanjat roda setinggi 165 meter itu (gambar).

Namun, berbeza daripada lebih 100 bangunan pencakar langit yang pernah 'ditawannya' seperti Menara Eiffel di Paris, Bangunan Empire State di New York dan Menara Kembar Petronas di Kuala Lumpur, Singapore Flyer merupakan struktur bulat dan bergerak yang pertama didaki pendaki mapan berusia 48 tahun itu.

Sebelum ini, beliau pernah mendaki beberapa bangunan di Singapura - Great World City pada 1997, UOB Centre pada 2000 dan Suntec Tower 1 pada 2008.

Ditanya sekiranya cuaca di sini akan menjejas pendakian, beliau yang ditemui semalam berkata:

'Saya rasa angin kuat tidak akan menjatuhkan saya.

'Cuma saya harap ia tidak akan hujan. Saya pasti ramai orang ghairah mahu melihat saya panjat Singapore Flyer.'

Orang ramai yang ingin menyaksikan aksi nekad beliau boleh ke Singapore Flyer pada 5 petang ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update