NEW YORK: Dua pekerja sebuah rumah mayat dirakam mengheret mayat seorang lelaki seperti menarik plastik sampah, menuruni tangga sebelum mencampakkannya ke dalam van mereka.
Ropell McBeth, 54, mati di kediamannya di New York baru-baru ini.
Rakaman video menunjukkan pekerja berkenaan menarik mayatnya di tingkat empat sebuah apartmen menuju ke ruang lif.
Mayat berkenaan tergolek dua kali sebelum tiba di ruang itu.
Kedua-dua pekerja itu kemudian memasukkannya ke dalam lif.
Apabila tiba di bawah, seorang daripada mereka mengintai untuk melihat keadaan sekeliling.
Mereka kemudian mengheret lagi mayat Mcbeth ke ruang legar dan keluar menerusi pintu bangunan itu sebelum menariknya untuk menuruni tangga.
Akhirnya, mereka mencampakkan mayat itu ke dalam van.
Rakaman itu kini menjadi bukti untuk tindakan undang-undang oleh adik McBeth terhadap pejabat pemeriksa perubatan.
“Dia menderita semasa hayatnya dan kemudian dimalukan oleh pekerja rumah mayat itu selepas mati,” kata Sandy McBeth, 52.
“Mereka melayani abang saya seolah-olah dia bukan orang tetapi seperti sampah.
“Mereka sepatutnya berasa malu dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan,” kata Sandy.
Menurut Sandy, dia menerima panggilan daripada pengurus apartmen abangnya mengenai rakaman video itu.
Pejabat pemeriksa perubatan yang menerima aduannya hanya menghantar surat memohon maaf terhadap kejadian itu. - Agensi
Tuesday, November 16, 2010
Urus mayat macam sampah
2010-11-16T07:00:00+08:00
alissa
umum|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)