Beliau diiringi anggota exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican.
Abdullah kelihatan memasuki hospital itu pada 10.30 pagi dan keluar pada 11.45 pagi, dan 15 minit kemudian, Nik Aziz pula keluar dari wad hospital itu dengan menggunakan kerusi roda sebelum memasuki kereta rasmi setelah dibenarkan pulang berehat di rumahnya.
Nik Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau dan Abdullah “bercakap perkara biasa”.
Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah berkata, Nik Aziz dibenarkan pulang oleh doktor kerana kesihatannya bertambah baik selepas menjalani rawatan pembedahan laser di bahagian pinggangnya. – Bernama
utusan
P/S : Kan bagus kalau macam nie, buat apa kita nak bergaduh sesama Islam.