Sunday, December 19, 2010

Home » » Angelina Jolie terlalu sibuk menguruskan anak

Angelina Jolie terlalu sibuk menguruskan anak


Angelina Jolie dan Brat Pitt


LEBIH lima tahun menjalin kasih, pasangan aktres jelita, Angelina Jolie dan aktor kacak Hollywood, Brat Pitt cukup bahagia di samping cahaya mata. Apatah lagi, tiga daripada enam anak kecil itu zuriat kandung mereka hasil hubungan intim dijalin.

Kini, selain karier lakonan tumpuan Angelina mahupun Pitt pastinya ke arah membesarkan Maddox, 9; Pax, 7; Zahara, 5;, Shiloh, 4, serta pasangan kembar
Knox dan Vivienne, 2. Bagi mereka, kegembiraan anak adalah perkara yang paling utama.

Malah, Angelina atau nama sebenarnya, Angelina Jolie Voight, 35, tanpa berselindung mengakui ada kalanya dia tiada masa untuk mandi kerana terlalu sibuk menguruskan anak. Begitu juga, Angelina terikat dengan jadual yang padat.

Dalam temu ramah bersamanya ketika hadir pada majlis tayangan perdana filem The Tourist di London, baru-baru ini. Angelina berkata, dia seorang ibu yang sangat sibuk. Bukan saja memberi fokus kepada keluarga, tetapi pada masa sama aktif berlakon filem.



“Setiap hari, saya tiada masa kosong dan semuanya terisi dengan pelbagai aktiviti seni. Jika berada di rumah pula, setiap saat itu lebih kepada perhatian untuk anak. Jadi, saya memang tidak berpeluang habiskan banyak masa di bilik mandi.

“Ada ketikanya, saya teringin mandi sambil berehat-rehat di dalam bilik mandi. Namun, apakan daya anak lebih memerlukan saya bersama mereka. Apapun, saya sendiri tidak pernah berasa penat melayan apa saja kerenah anak.

“Beginilah hidup jika memiliki ramai anak. Namun, saya tidak kesal dan jujurnya di hati ini masih ada keinginan untuk menambah bilangan anak. Realitinya, saya sentiasa gembira melalui banyak pengalaman hebat untuk menjadi ibu yang baik,” katanya.

Angelina berkata, perjalanan kehidupannya kini lebih bermakna berbanding ketika bersendirian dulu. Bahkan, baginya kehadiran anak kecil dalam hidup seorang wanita dewasa adalah normal kerana ia melambangkan kematangan fikiran dalam mengurus keluarga.

Menurut bintang ternama kelahiran Amerika Syarikat ini, dia juga tak pernah bimbang jika dia perlu menghabiskan masanya dengan anak saja. Ujarnya, menjadi tanggungjawab dia dan Pitt, 46, mempertahankan kasih sayang dibina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update