Monday, December 20, 2010

Home » » Letupan paip minyak di Mexico

Letupan paip minyak di Mexico



PUEBLA: Sekurang-kurangnya 22 maut manakala 32 lagi parah dengan puluhan rumah di sekitarnya rosak akibat letupan kuat paip minyak milik kerajaan di tengah Mexico, hari ini.


Setiausaha Kerajaan Negeri Puebla, Valentin Meneses, berkata letupan pada subuh itu berlaku di rangkaian paip minyak Petroleos Mexicanos (Pemex) di bandar Texmelucan.

Letupan itu dipercayai disebabkan perbuatan pencuri yang cuba mencuri minyak di kawasan itu.
Sebanyak 83 rumah berdekatan rosak dengan 32 daripadanya musnah.

“Satu kumpulan penjenayah dipercayai membocorkan paip minyak Pemex ini menyebabkan minyak tersembur tanpa kawalan sehingga meningkatkan tekanan.


Jalan di sekitarnya dilimpahi minyak sebelum ia memercikkan api yang besar," katanya. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update