Tuesday, December 28, 2010

Home » » Mereka fitnah Nik Aziz meninggal diminta mohon maaf

Mereka fitnah Nik Aziz meninggal diminta mohon maaf

KOTA BAHARU 28 Dis. — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya,” kata Mursyidul Am Pas itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata, beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik. - Bernama

2 comments:

as said...

xcis cis cis . siapalah yang tak de otak sgt tuu .haisshh

nazihahisa said...

rasanya dorg salah baca berita kot. sbb saya baca berita tu, mmg dia kata nik aziz meninggal, tai berita penuh tu bagitau yg org tu sama nama dgn nik aziz. die tak maksudkn nik aziz MB kelantan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update