Sunday, December 26, 2010

Home » » Petua Mencari barang hilang

Petua Mencari barang hilang

Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya.

Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insya Allah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula.

Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ), dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Cubalah sendiri. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali.

1 comments:

Pena Crystal said...

Hye sis,thanks for the info.saya ni pelupe org nye.huhu.=.=

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update