Monday, December 6, 2010

Home » » Suami Gilakan Pondan

Suami Gilakan Pondan



Pondan yang dikatakan menggoda suami Lin

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa suami yang dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu, bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan seorang mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan julukan 'bencong'.

'Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami,' kata wanita yang mahu dikenali sebagai Lin itu.

Hubungan terlarang itu terbongkar selepas beliau menemui ratusan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) mengandungi madah cinta dihantar 'bencong' itu kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurutnya, pendedahan itu bukan bertujuan memalukan suaminya, sebaliknya beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.

Lin berkata, suaminya mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan.

Menurut ibu tiga anak berusia antara lima dengan 12 tahun itu, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan si pondan di Lorong Haji Taib 2, di sini.

'Hasil maklumat mendapati lelaki lembut berusia 20-an itu warga Indonesia yang menjaja tubuh di kawasan itu hampir setiap malam.

'Saya diberitahu, suami saya menghabiskan masa dengan minum dan berhibur dengan pondan berkenaan di pusat dangdut berhampiran sebelum berasmara di bilik sewa pondan itu,' kata Lin.

Menurutnya lagi, beliau menjejaki pondan itu dan akhirnya mendapat maklumat lelaki lembut berkenaan menjaja tubuh di kaki lima kawasan tersebut dengan bayaran RM50 ($20) sekali perkhidmatan.

'Jika ikutkan hati, mahu saja saya mengupah orang memukul si pondan itu. Namun, saya bimbang ia akan lebih mengeruhkan lagi rumah tangga kami. Apa yang saya tahu, pondan warga asing hanya berminat pada wang dan bukan cinta,' kata Lin. -- Harian Metro.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update