Thursday, January 6, 2011

Home » » Durian runtuh yang tak putus putus untuk juara Piala Suzuki AFF

Durian runtuh yang tak putus putus untuk juara Piala Suzuki AFF

1. SKUAD bola sepak yang menjuarai Piala Suzuki AFF bulan lalu bakal mendapat habuan lumayan daripada kerajaan Malaysia, Rabu depan.

Selain ganjaran daripada kerajaan, pemain akan turut menerima wang tunai daripada Tabung Akujanji Ganjaran Piala Suzuki AFF anjuran Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).

Tabung yang ditubuhkan bagi mengumpul sumbangan kepada skuad bola sepak kebangsaan jika mereka memenangi piala tersebut, setakat ini menerima ikrar sumbangan lebih RM80,000.

2. Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu.

3. TIGA anak jati Perak yang memastikan skuad ‘Harimau Malaya' menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, 29 Disember lalu, bakal menerima imbuhan wang tunai RM5,000 setiap seorang sebagai penghargaan kerana mengharumkan nama negara dan negeri Perak.

Ketiga-tiga pemain berkenaan ialah Mohd Safee, kelahiran Behrang; Mohd Sabre Mat Abu dari Parit Buntar dan Mohamad Fadhli Mohd Shas yang dilahirkan di Lumut.

Penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali (gambar) turut menerima wang tunai tambahan RM5,000 di atas pencapaiannya muncul penjaring terbanyak kejohanan itu dengan lima gol.

4. Enam pemain bola sepak kelahiran Terengganu yang mewakili Malaysia sehingga menjulang Piala AFF menerima ‘durian runtuh’ apabila kerajaan negeri mengumumkan setiap pemain diberi RM5,000 dan sebidang lot tanah.

Mereka yang menerima imbuhan itu ialah dua pemain Liga Super Terengganu, Mohamad Ashari Samsuddin, 25, dan Mohd Sarbinee Allawee Ramli, 24, tiga pemain Harimau Muda A, Mohd Muslim Ahmad, 21, Izzaq Faris Ramlan, 20, dan Mohd Faizal Muhammad, 21, serta seorang pemain Liga Super Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, 24.




1 comments:

budak kecik said...

dh mmg rezeki dorang...

apex dh ade mkwe. kalu ak g nyelit2 kt muslim, agak2 ade chance lg x??

mata ak dh juling ngn duit nih. ngeh3

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update