Sunday, January 2, 2011

Home » » Mengapa manusia berhenti membesar?

Mengapa manusia berhenti membesar?

SEMASA dilahirkan, secara purata bayi bersaiz satu kaki lapan inci dan dalam masa 20 tahun berikutnya, manusia berkembang tiga kali ganda dari dan mencapai ketinggian sekitar lima kaki lapan inci.

Mengapa manusia tidak terus tinggi? Apa yang membuat tubuh berhenti meninggi? Dalam tubuh manusia, terdapat sistem kelenjar yang dinamakan kelenjar endokrin yang mengendalikan tumbesaran tubuh manusia.

Kelenjar endokrin terdiri daripada kelenjar tiroid di leher, kelenjar di bawah otak yang menempel pada otak, kelenjar timus yang terdapat di dalam dada dan kelenjar kelamin.

Kelenjar di bawah otak adalah kelenjar yang merangsang pertumbuhan tulang pada manusia.

Jika kelenjar terlalu banyak bekerja, lengan dan kaki tumbuh menjadi terlalu panjang dan besar.

Jika kelenjar tidak bekerja, kita mungkin akan menjadi manusia kerdil.

Seorang anak dilahirkan dengan kelenjar timus yang besar dan kelenjar itu tetap menjadi semakin besar selama masa kanak-kanak.

Ketika seorang anak mencapai usia 13 atau 14 tahun, kelenjar timus mulai menyusut.

Kelenjar timus dan kelenjar kelamin mungkin mempunyai hubungan tertentu. Selama kelenjar timus bekerja, kelenjar-kelenjar kelamin tetap kecil.

Pada waktu kelenjar-kelenjar kelamin berkembang, kelenjar timus berhenti bekerja.

Inilah sebabnya mengapa ketika seseorang menjadi dewasa secara seksual pada usia kira-kira 22 tahun, ia akan berhenti membesar!

Setelah itu tubuh kita menyusut kira-kira setengah inci setiap 10 tahun sekali!Ini kerana tulang rawan semakin mengering dan pada yang sama manusia bertambah tua.

estidotmy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update