KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai pemeriksa meter syarikat utiliti negara berkenaan, ekoran terdapat laporan kes samun yang dilakukan oleh pihak yang menyamar tersebut.
Menurut TNB, pemeriksa meter syarikatnya boleh dikenal pasti melalui pakaian yang dipakai mereka serta kad kuasa yang mereka miliki.
"Anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna, diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa baju T berwarna merah yang mempunyai logo TNB beserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja tersebut.
"Anggota kerja TNB yang perlu memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa," menurut TNB menerusi satu kenyataan.
Kad kuasa itu merupakan kad pengenalan diri pekerja TNB yang memaparkan gambar anggota kerja beserta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja berkenaan.
Dalam kejadian terbaru semalam, dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja TNB dilaporkan menyamun seorang wanita warga emas di Teluk Kemang.
TNB juga berkata pemeriksaan oleh anggotanya hanya dapat dibuat setakat meter di luar premis dan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa petugas syarikat berkenaan.
Friday, January 7, 2011
Home »
umum
»
Taktik baru penyamun - menyamar pemeriksa meter TNB
Taktik baru penyamun - menyamar pemeriksa meter TNB
Taktik baru penyamun - menyamar pemeriksa meter TNB
2011-01-07T12:00:00+08:00
alissa
umum|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)