Sunday, February 27, 2011

Home » » Bob Lokman menyertai parti Pas ? Bob tak nak berdosa

Bob Lokman menyertai parti Pas ? Bob tak nak berdosa





TAK ada angin tak ada ribut, pelawak terkenal Bob Lokman akhirnya menyertai parti pembangkang. Borang keahlian sudahpun diserah kepada Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Bob kata dia mahu memilih watak yang tak mendatangkan dosa bila dia dah mati nanti.

Selain itu Bob juga berkata tujuan utama dia masuk parti pembangkang sebab anaknya mempunyai masalah dalam sistem kehidupan termasuklah sistem persekolahan dan pergaulan dalam masyarakat sekarang ini.

Sebab bimbang anaknya akan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana Bob juga baru sedar tanggungjawab pada anak-anak.

"Apa yang berlaku semuanya daripada Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya mahu selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka," kata Bob lagi.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update