Monday, March 8, 2010

Home » » Menguji Bekalan Elektrik

Menguji Bekalan Elektrik



Bekalan Elektrik sememangnya tak boleh dipisahkan daripada peralatan elektrik.Tanpa bekalan lektrik hidup akan jadi gundah gulana.Tanpa lektrik... tiada lah internet...tiadalah blog(hehehe)mati kutulah dibuatnya.Kat sini aku nak bagi tip untuk menguji poin kuasa.Kalau peralatan elektrik tidak berfungsi..janganlah terus membuat andaian yang barangan itu rosak...Mungkin poin kuasa(tapak plug) itu rosak.
Ada beberapa cara untuk menguji poin kuasa (power poin)...Tak kiralah dekat rumah atau pun pejabat ataupun dalam gua(kalu ada poin kuasalah...hehehe).Cara yang paling3 mudah ialah dgn menggunakan kipas meja atau pun lampu meja.Sekiranya lampu atau kipas berfungsi maka poin itu baik...Barulah kita beralih ke peralatan itu sendiri.
Satu lagi cara ialah dengan mengunakan pena ujian ataupun dlm bahasa mat saleh...test pen.Diingatkan-semasa melakukan ujian ini...anda perlu mengambil langkah langkah keselamatan seperti memakai sarung tangan getah dan selipar getah.Poin kuasa mempunyai 3 lubang.Atas(Bumi),Kiri(nuetral) dan kanan(Hidup). Cucuk test pen ke lubang sebelah kanan (sebelah suis)...Pastu pasangkan suis sambil jari dikenakan di atas test pen...Lampu pada test pen itu akan menyala..ini bermakna poin kuasa itu dalam keadaan baik.Sekian....D.I.Y

Teringatlah pulak masa kecik2 dl...ayah aku selalu menggunakan Lampu Ayam kalu elektrik tiada ataupun bil tak bayar...Tapi sampai sekarang aku tertanya2 kenapa ia dipanggil lampu ayam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update