Monday, March 8, 2010

Home » » Tip membuat Bidaan Semasa Lelongan Rumah

Tip membuat Bidaan Semasa Lelongan Rumah



Pada hari lelongan...anda hendaklah sampai seawal yang mungkin.Cari tempat untuk berdaftar nama iaitu dgn pendaftar mahkamah.Anda hendaklah membawa ic asal.Pada ketika itu anda dikehendaki menyerahkan kepadanya draf bank yang bernilai sepuluh peratus daripada harga lelongan.Simpan resit yang diberi.
Sebaik saja lelongan dimulai,pendaftar akan memanggil nama pembida.Hanya mereka2 yang telah membuat pembayaran sahaja dibenarkan masuk ke dalam bilik lelongan.Biasanya semasa bidaan,terdapat sindiket yang memastikan mereka memenangi bidaan itu.Cari tempat duduk di barisan hadapan agar tumpuan kamu tidak diganggu,Diam dan tumpukan perhatian pada bidaan sahaja.Anda harus ingat Anda bukan kesana untuk mencari kawan baru atau beramah mesra.
Biasanya sindiket ini akan membuat bidaan awal untuk menyingkirkan pembida2 yang kurang serius.Apabila angka bidaan mencapai budget anda barulah anda membuat bidaan.dengan kata lain untuk memberitahu yang anda benar2 serius.Berhenti bidaan jikalau angka melebihi budget anda.Biarlah rumah itu jatuh di tangan org lain.Kerna beribu-ribu lagi rumah untuk dilelong sedia menanti.

P\S: Ini lelongan rumah..lelongan orang aku tak tahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update