Monday, April 12, 2010

Home » » pontianak oh pontianak

pontianak oh pontianak





 


Pada suatu malam yang sepi, tepat pukul 12 malam, muncullah tiga ekor pontianak bertenggek di atas pokok di tepi sebuah bangunan, Pertemuan ini adalah untuk membuktikan siapa di antara mereka yang lebih hebat dan pantas dalam memburu mangsa....
      Pontianak pertama memulakan pertandingan itu, Dia pun segera terbang dan hilang pada pandangan mata,10 minit selepas itu muncul lah pontianak pertama dan dengan bangganya dia menunjukkan mulutnya yang penuh dgn darah. Selepas itu giliran pontianak kedua menunjukkan kehebatannya, dgn pantasnya dia meloncat dan terbang mencari mangsa. kira kira 5 minit kemudian muncullah pontianak kedua dengan mulut yang penuh darah bersama sama kepala mangsanya. Kagum kedua dua pontianak yang lain melihat betapa cepat dan ganasnya pontianak yang kedua itu. Melihat pontianak yang kedua begitu pantas mendapat mangsa, pontianak yang ketiga pun dgn tidak membuang masa dan dgn pantasnya dia terus meloncat , tak sampai beberapa minit dia pun muncul dengan mulut yang penuh darah juga.Terkejut beruklah pontianak pertama dan kedua melihat begitu cepat dan pantasnya pontianak ketiga . Dengan ini terbuktilah pontianak yang ketiga itu adalah juara dalam pertandingan itu. Pontianak pertama pun bertanya kepada pontianak ketiga bagaimana dia boleh begitu pantas mencari mangsa. dan dengan selamba pontianak ketiga berkata " aku tak perasan kat belakang kita ada bangunan,masa terbang aku terlanggar bangunan itu".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update