Monday, April 19, 2010

Home » , » Take 5 for H1N1 2nd Wave

Take 5 for H1N1 2nd Wave







Situasi Semasa Pandemik H1N1 di Malaysia 2010 Sehingga 8 April 2010

Sehingga jam 8.00 pagi 8 April 2010,  Kementerian Kesihatan  telah menerima sejumlah enam (6) laporan kejadian kluster daripada empat (4) buah negeri seperti berikut:

1. Melaka (2)

    * Kolej Yayasan Saad, Ayer Keroh Melaka melibatkan 16 pelajar dan kakitangan kolej dan kesemuanya menerima rawatan pesakit luar
    * PLKN Lagenda, Asahan, Jasin, Melaka melibatkan   11 pelatih dan kesemuanya menerima rawatan pesakit luar.

2. Perlis (1)

    * PLKN Tassoh, Perlis melibatkan 6 pelatih dan kesemuanya menerima rawatan pesakit luar.

3. Terengganu (1)

    * Sekolah Pondok Darul Iman, Kuala Berang  melibatkan 15 orang pelajar, semua dirawat sebagai pesakit luar. Walaubagaimana pun, siasatan mendapati kesemua pelajar tersebut tidak mengalami gejala ILI.

4. Kedah (2)

    * SMK Kelibang, Langkawi melibatkan 35 orang murid sekolah dan semua dirawat sebagai pesakit luar
    * SMK Kedawang, Langkawi melibatkan 84 orang murid sekolah dan semua dirawat sebagai pesakit luar.

Walaubagaimana pun, hasil siasatan kedua-dua kejadian kluster di Langkawi ini tidak mengalami gejala ILI.

Keputusan ujian makmal bagi kesemua kluster di atas belum diterima.

Sementara itu, jumlah terkumpul kes ILI yang masih dirawat di dalam wad adalah seramai 554 kes diseluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 55 kes (9.9%) disahkan positif influenza A(H1N1) manakala lima (5) kes (0.9%) dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada laporan kematian yang diterima semalam.


Pemberian Vaksin H1N1 - Kumpulan Sasar Berkeutamaan

Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti kumpulan tersebut untuk diberikan pelalian seperti berikut:

   1. Wanita hamil (18+ minggu kehamilan) dan mendapatkan penjagaan kehamilan di fasiliti kesihatan Kerajaan;
   2. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan menjalani dialisis di fasiliti dialisis Kerajaan;
   3. Pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan mendapatkan rawatan susulan di fasiliti kesihatan Kerajaan;
   4. Individu dengan morbid obesity (iaitu BMI > 35 kg/m2) dan/atau menghidapi sebarang penyakit kronik dan mendapat rawatan di fasiliti kesihatan Kerajaan; dan
   5. Orang awam yang berkehendakkan dengan tujuan (pengembara).

Oleh kerana bekalan vaksin yang terhad, maka pemberian dilakukan mengikut pendekatan first come, first serve. Penilaian klinikal yang dijalankan oleh pegawai perubatan yang merawat akan diambil kira bagi menentukan kesesuaian seseorang individu bagi menerima vaksin.

Orang ramai yang dikategorikan sebagai kumpulan sasar berkeutamaan seperti di atas boleh mendapatkan perkhidmatan pelalian ini di beberapa fasiliti kesihatan kerajaan yang dikenalpasti. Pada masa ini sebanyak 104 fasiliti telah dikenalpasti untuk kumpulan sasar berkeutamaan mendapatkan pelalian ini.

Orang ramai yang layak mendapatkan pelalian ini dikehendaki membaca terlebih dahulu maklumat mengenai pelalian vaksin influenza A(H1N1) dan perlu memberikan keizinan bertulis dengan mengisi dan mengembalikan borang keizinan bertulis.


 Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1



NEGERI
  

KOORDINATOR PROGRAM
  

FASILITI
  



Pahang
  

Dr Mohd. Sapian bin Mohamed
Tel: 09-5165402/
09-5902351
  

    * KK  Beserah, Kuantan
    * KK Temerloh
    * KK Karak, Bentong
    * KK Dong, Raub
    * KK Peramu Jaya, Pekan
    * KK Bandar Jengka, Maran
    * KK Triang, Bera
    * KK Bandar Rompin, Rompin
    * KK Padang Tengku, Lipis
    * KK Jengka 8, Jerantut
    * JPL Hosp Cameron Highlands

Terengganu
  

Dr Balkis bt Abdul Karim
Tel: 09-6229775/
09-6229809
  

    * KK Hiliran, Kuala Terengganu
    * KK Kuala Besut, Besut
    * KK Dungun
    * KK Kuala Kemaman
    * KK Marang
    * KK Permaisuri
    * KK Kuala Berang

Selangor
  

Dr Anita bt Sulaiman
Tel: 03-51237366/
03-51237368
  

    * KK Kajang
    * KK Pandamaran, Klang
    * KK Kelana Jaya
    * KK Seri Kembangan
    * KK Seksyen 7 Shah Alam
    * KK Taman Ehsan, Gombak
    * KK Kuala Selangor (Kuala Selangor)
    * KK Sungai Besar (Sabak Bernam)
    * KK Salak (Sepang)
    * KK Teluk Datok (Kuala Langat)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  

Dr Mazliza bt Ramly
Tel: 03-26983757
  

    * KK Tanglin
    * KK Kg Pandan
    * KK Jinjang
    * KK Batu
    * KK Bandar Tun Razak
    * KK Cheras
    * KK Cheras Baru
    * KK Dato Keramat
    * KK Pantai
    * KK Petaling Bahagia
    * KK Setapak
    * KK Sungai Besi
    * KK Putrajaya





Thank You,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update