Saturday, May 1, 2010

Home » » Ramai bapa/lelaki tidak sedar dayus

Ramai bapa/lelaki tidak sedar dayus

Ramai lelaki yang bergelar bapa dan suami pada za
man sekarang tidak menyedari bahawa sesetengah perlakuan mereka boleh tergolong dalam kelompok bergelar dayus.

Golongan terbabit tidak menyedari hakikat itu kerana menganggap apa yang mereka lakukan adalah Sebagai satu perkara biasa serta tidak menyalahi ajaran islam.

,
Imam Besar Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, Ketua keluarga seharusnya tahu membenarkan isteri dan anak anak melakukan perkara tidak mengikut ajaran islam adalah salah satu penyebab kepada dayus.

Menurutnya antara perkara mudah yang membolehkan lelaki itu menjadi dayus ialah membenarkan isteri dan anak anak berpakaian tidak menutup aurat sekaligus mendapat tatapan lelaki bukan muhrim.

"Membenarkan isteri dan anak anak tdak mengikut syariat islam itu sudah boleh dikatakan dayus. Namun kita melihat ramai golongan wanita yang melakukan perkara itu"
Kalau kita ukur dengan pemandangan ini, boleh dikatakan ramai lelaki sekarang yang digelar dayus dan ini terjadi kerana ceteknya ilmunya agama dalam diri mereka", kata kepada sinar harian.

Aizi Saidi berkata selain soal pakaian, penglihatan isteri dan anak dalam program hiburan yang tidak mengikut islam juga boleh menjadikan lelaki itu dayus kerana aktiviti itu melalaikan.

Selain melalaikan katanya perkara tersebut boleh mengundang kepada zina apabila berlakunya kepada percampuran lelaki dan wanita bukan muhrim dalam satu tempat.

"Tanggungjawab sebagai ketua keluarga itu besar,bukan setakat memberi nafkah sahaja sebaliknya menyediakan sempurna kepada isteri dan anak namun tidak semua sedar hakikat itu".

"Dalam mewujudkan keluarga yang harmoni' suami harus memainkan peranan bukannya membiarkan anak dan isteri meraih perhatian lelaki lain, ini bertentangan dengan syariat dan termasuk dalam mereka yang dayus", katanya

Dipetik dari Sinar Harian

P/S Fikir fikirkanlah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update