Wednesday, June 9, 2010

Home » » Lelaki Idaman Wanita

Lelaki Idaman Wanita



Lelaki Tulen
Tahu akan hakikat yang dia dijadikan sebagai seorang lelaki, bersifat sebagai lelaki dan tingkah lakunya tidak terkeluar dari ketegori lelaki. Memang sesiapa saja yang ingin dilahirkan sebagai "adik adik" so kenapa kita tidak berfikir secara logik?
kita sebagai manusia nia ada kedua dua sifat iaitu lelaki dan perempuan.Jadi perempuan tidak suka kepada lelaki yang mempunyai banyak hormon perempuan dalam dirinya.Misalnya Kuat mengumpat, kan perempuan sahaja yang banyak aktiviti itu.

Lelaki yang tidak cemburu buta
Wanita 100% tidak menyukai lelaki yang cemburu buta sebab lelaki yang cemburu buta tak tentu pasal ialah lelaki yang lemah.Cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga. Walaupun ada yang mengatakan cemburu itu tanda sayang...Tapi kalau dah lebam lebam bijik mata kena belasah,mana ada perempuan yang sanggup.

Lelaki yang teguh jiwa
Lelaki yang benar benar lelaki dengan sifat kelakian. Cekal, Hati Batu dan tak ada langsung sifat cepat terusik Tak mudah mengalirkan mata. Bila lelaki menangis maka harga dirinya hilang kerana air mata ialah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana
Tidak meninggi diri dan tidak pula merendahkan diri. Pendek kata sedang sedang saje..sedap mata memandang. Siapa yang tahan kalau dia asyik "I,Me and Myself" saja. Macam diktatorlah pulak.

Lelaki yang cantik
Cantik bukan bermakna pakai make up pulak,jadi sotonglah jawabnya. Cantik bermaksud bahagian dalamannya. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangai dan kebersihan hatinya. Hatinya sentiasa iklas dan ini boleh dilihat pada tingkah lakunya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang selalu berjaya mencuri hati seorang wanita adalah lelaki yang berpegang teguh pada kata katanya dan menunaikan janji bila berjanji. Dia juga tidak pernah goyang bila mendengar kata kata yang berunsur fitnah

Lelaki yang kemas dan bersih
Menjaga kebersihan dan berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaian sentiasa kemas dan tidak nampak canggung. Tidak perlu berjenama asalkan sentiasa harum dan bersih. Namun ada yang berpendapat lelaki yang "kemas" sangat kebanyakannya penipu.Tapi kemas dan bersih juga bersifat dalaman bukan sekadar luar sahaja

Lelaki yang cerdik
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebut. Siapa yang tak berbangga kalau baru berangan tup tup dah dapat barang yang diangankan. Memang ramai dah lelaki yang cerdik dalam pelajaran. Tapi percayalah dalam bab nie ramai lelaki zero

Lelaki yang bijak
Tidak suka bercerita tentang ketampanan dan kelebihan dirinya. Juga tidak suka memburukkan orang lain. Bijak membaca situasi dan tahu menghargai orang yang berada di sekelilingnya

Lelaki yang cekap
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki tabah
Tidak mudah hilang akal apabila menhadapi masaalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi tekanan,kesuntukan masa dan cemas

Lelaki yang berwawasan
Tidak melakukan sesuatu yang tidak dirancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita cita. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik
Tidak suka berfoya foya. Taat pada suruhan agama,. Tidak berjudi,berzina dan minum arak

Lelaki yang sopan
Tau menghormati orang tua dan pandai mengambil hati mereka. Sesiapa yang tidak berbangga bila ada orang yang memuji buah hati kita seorang yang bersopan santun dan amat pandai mengambil hati. Tak payahlah kita nak susah susah defense bila orang mengutuk.

Lelaki Yang mengasihi
Walaupun dia tidak mengatakan kasihnya, tapi akan tiba satu masa wanita itu kan mengharap lelaki ini meluahkan perasaannya

Lelaki yang ceria
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut kerut dahinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update