Friday, July 23, 2010

Home » » Pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz berkaitan Syirik

Pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz berkaitan Syirik

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

TUGU
Seperti yang kite ketahui, Negara kite  nie banyak tugu. Antara yang
famousnya ialah
Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya .

Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa
bahawa segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram....ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!


Tetapi   sayang, pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu. Setelah  berbincang; Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu. Maka pihak atasan
telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja, tiada tindakan undang2 yang boleh diambil.

Menurut kupasan Ust. Harun Din,

Tugu2 ini boleh mendatang syirik...Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang   itu..."

dan kata beliau lagi...
 
"walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa  syirik".
NEGERI PERLIS
Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa  syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan. Menurut kamus dewan, indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam .Maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu   bersemayam. Menurut beliau, Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik.


PERLEMBAGAAN NEGARA
Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara. Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud iaitu undang2 yang dicipta oleh  Allah.
Kata beliau seterusnya, Dosa syirik boleh diakibatkan oleh

  • Mempertahankan perlembagaan serta   undang2 ciptaan manusia dan   membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
  • Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
  • Mereka yang berdiam diri.
  • MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friend Update